YB Senator Datin Hajah Rahimah binti Haji Mahamad mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.
YB Senator Datin Hajah Rahimah, 64, mengangkat sumpah di hadapan YB Senator Dato' Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara di Dewan Negara, di sini.
Dalam ucapan aluannya, Yang di-Pertua Dewan Negara berharap pelantikan bagi penggal kedua itu memberi peluang kepada YB Senator Datin Hajah Rahimah untuk melibatkan diri secara aktif dalam perbahasan Dewan Negara.
YB Senator Datin Hajah Rahimah binti Haji Mahamad menandatangani sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.
"Pelantikan semula Senator Rahimah sebagai ahli Dewan Negara adalah satu pengiktirafan daripada kerajaan bagi menghargai khidmat bakti serta sumbangan pada penggal lalu, dan saya mengharapkan ia diteruskan dan diterjemahkan melalui penglibatan dalam perbahasan Rang Undang-Undang dalam Dewan Negara ini," katanya.
Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negara bermula hari ini dan akan berakhir pada 27 April.
Last updated: 21 April 2017 | Hits: 1506