RIDUAN RAHMAT SETIAUSAHA DEWAN RAKYAT YANG BAHARU
control 1control 2control 3

 

KUALA LUMPUR, 25 Februari -- Riduan Rahmat dilantik Setiausaha Dewan Rakyat yang baharu bagi menggantikan Datuk Roosme Hamzah yang tamat perkhidmatan selepas berakhirnya tempoh kontrak selama setahun dari tarikh bersara wajib pada 22 Februari tahun lepas. 
 

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam kenyataan berkata pelantikan Riduan berkuat kuasa 22 Februari 2020. 
 

Riduan, 55, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia), Universiti Teknologi Mara dan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Sains Politik), Universiti Kebangsaan Malaysia. 
 

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun sejak mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir Parlimen Malaysia pada 31 Januari 1989 serta pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Dewan Negara sejak 8 September 2014.
 

Selain itu beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan dan Setiausaha Bahagian Tugas-Tugas Khas di Parlimen Malaysia. 
 

Mohamad Ariff turut merakamkan penghargaan kepada Roosme atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan Setiausaha Dewan Rakyat ke-12 sejak 26 Disember 2007, terutamanya dalam menjayakan agenda reformasi memartabatkan institusi parlimen yang cemerlang. 
 

Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab terhadap perjalanan persidangan Dewan Rakyat dan membantu Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam hal berkaitan Dewan ketika bersidang. -- BERNAMA


Kemaskini terakhir pada: 28 Februari 2020 | Hits: 13230

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my