Siaran Media 15 Pakar Akademik Bidang Ekonomi Perkasakan Fungsi Semak Imbang Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan Dan Ekonomi Parlimen Malaysia
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      SIARAN MEDIA

15 PAKAR AKADEMIK BIDANG EKONOMI PERKASAKAN FUNGSI SEMAK IMBANG JAWATANKUASA PILIHAN KHAS KEWANGAN DAN EKONOMI PARLIMEN MALAYSIA

 

 

KUALA LUMPUR, 27 November-- Seramai 15 orang pakar akademik dalam bidang ekonomi daripada universiti awam dan institusi pendidikan tinggi swasta telah dilantik sebagai pakar rujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Parlimen Malaysia Kelima Belas (JKPKKE).

Pelantikan itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, serta Pengerusi JKPKKE, YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pakar Rujuk JKPKKE.

Menerusi watikah itu, pakar-pakar rujuk akan bertanggungjawab memberi khidmat nasihat dan rujukan kepada JKPKKE dalam hal ehwal berkaitan ekonomi dan kewangan.

Penerima watikah telah disyorkan oleh Bahagian Kecemerlangan Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi berdasarkan pengalaman luas mereka dalam bidang kewangan dan ekonomi, pelaburan dan perdagangan antarabangsa, rantaian nilai global, pembangunan ekonomi dan ekonometrik.

Bercakap dalam Majlis Penyerahan Watikah yang berlangsung pada pagi ini, YB Tan Sri Johari mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli akademik yang telah dilantik dan menyatakan harapan agar peranan JKPKKE akan lebih diperkasakan melalui nasihat dan pandangan yang diberikan oleh pakar rujuk.

 

“JKPKKE merupakan salah satu daripada mekanisme badan perundangan yang signifikan dan saling melengkapi kepada badan eksekutif. Ini selaras dengan pemerkasaan instrumen legislatif yang merupakan antara agenda penting dalam Reformasi Parlimen. Harapan saya agar inisiatif kolaborasi di antara Parlimen Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi ini dapat meningkatkan keberkesanan dan meningkatkan kewibawaan Jawatankuasa Pilihan (JKPK) dalam menjalankan proses semak dan imbang terhadap badan eksekutif,” kata YB Tan Sri Johari dalam ucapan perasmiannya.

 

Terdahulu, terdapat 10 JKPK yang telah dilantik dengan perintah Dewan Rakyat bagiParlimen ke-15 sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap kementerian- kementerian, membantu menambah baik urusan kementerian-kementerian mencari jalan penyelesaian bersama terhadap isu kepentingan rakyat serta membawa usul untuk perbincangan dan perbahasan yang lebih lanjut dalam Dewan Rakyat. 10 Ahli Dewan Rakyat daripada kalangan backbenchers dan pembangkang telah dipilih sebagai pengerusi jawatankuasa-jawatankuasa ini.

 

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:


Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir
Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11 Emel: shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462

En. Mohd Dzikrullah bin Junus

Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat, Parlimen MalaysiaEmel: dzikrullah@parlimen.gov.my | Tel: +603-2603 6802

 

 

SENARAI CADANGAN NAMA PAKAR AKADEMIK EKONOMI DAN KEWANGAN UNTUK JAWATANKUASA PILIHAN KHAS KEWANGAN DAN EKONOMI, PARLIMEN MALAYSIA

 

 

BIL

 

NAMA

 

JAWATAN

 

KEPAKARAN

UNIVERSITI / ORGANISASI

 

INSTITUSI

A. UNIVERSITI AWAM (UA)

1.

Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali

Profesor

Monetary & Financial Economics, Development and Advancement Policy, Leadership and Public Management

Pengarah

Institut Pembangunan Dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA- UKM)

UKM-Graduate School of Business (UKM-GSB)

Universiti Kebangsaan Malaysia nag@ukm.edu.my / pghminda@ukm.edu.my

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

2.

Profesor Dato’ Dr. Mustafa Mohd Hanefah

Profesor

Accounting Standards / Financial Accounting / Islamic Accounting / Taxation / Zakat Accounting

Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

mustafa@usim.edu.my

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

 

 

BIL

 

NAMA

 

JAWATAN

 

KEPAKARAN

UNIVERSITI / ORGANISASI

 

INSTITUSI

3.

Prof. Dr. Asan Ali Bin Golam Hassan @ Mohammad

Profesor

Economic Planning, Growth and Development, Macroeconomic indicators and policy, Regional Disparities, Income Inequality, and Poverty, Demographic/spatial, rural and urban impact assessmen, Rehabilitation/resettlement and

Indigenous Studies

Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim

Universiti Teknologi Malaysia asanali@utm.my

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

4.

Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail

Profesor

Community Development / Economic Empowerment / Community Mapping

/ Pro-poorness Policy / Communiy Empowerment

Pengarah

Institut Penyelidikan & Pengurusan Kemiskinan (INSPEK)

Universiti Malaysia Kelantan, waamirzal@umk.edu.my

Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

5.

Prof. Madya Dr. Andrew Kam Jia Yi

Prof. Madya

Global Value Chains / Global Production Networks; International Trade and FDI;

Industrial Economics /Econometrics; Productivity Studies;

Digitalization;

Food Security

Ketua Pusat

Pusat Kajian Amerika Latin (iKAL) Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa

Universiti Kebangsaan Malaysia andrew@ukm.edu.my

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 

 

 

BIL

 

NAMA

 

JAWATAN

 

KEPAKARAN

UNIVERSITI / ORGANISASI

 

INSTITUSI

6.

Profesor Dr. Evelyn

S. Devadason

Profesor

International Trade and Economics

Jabatan Ekonomi Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya evelyns@um.edu.my

Universiti Malaya (UM)

7.

Profesor Kehormat Dr. Fatimah Kari

Profesor Kehormat

Trade And Environment, Microeconomics, Macroeconomics, International Trade, Environmental And Resource

Economics

Jabatan Ekonomi Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya fatimah_kari@um.edu.my fatimah_karie@gmail.com

03-79673661

Universiti Malaya (UM)

8.

Prof. Dr. Tamat Sarmidi

Profesor

Applied Macroeconomics with sub-specialization in Applied Econometrics, International Finance and

International Economics

Timbalan Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa

Universiti Kebangsaan Malaysia Emel: tamat@ukm.edu.my

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

9.

Prof. Dr. Aini Aman

Profesor

Digital Economy, Accounting Information System, Global Business Services

Dekan

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia aini@ukm.edu.my / fdep@ukm.edu.my

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 

 

 

BIL

 

NAMA

 

JAWATAN

 

KEPAKARAN

UNIVERSITI / ORGANISASI

 

INSTITUSI

B. INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (IPTS)

10.

Dr. Teo Wing Leong

Pensyarah Kanan

Ekonomi

Ketua Pusat Pengajian Ekonomi University of Nottingham Malaysia Emel: WingLeong.Teo@nottingham.edu.my

University of Nottingham Malaysia

11.

Prof. Dr. Chong Shyue Chuan

Profesor

  • Analisis Utama (Primary Analysis)
  • Analisis Multivariate (Multivariate Analysis)
    • Kajian Penuaan (Ageing)

Pengarah,

Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Centre)

Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology ( TAR UMT)

E-mel: chongshyuechuan@tarc.edu.my

Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology ( TAR UMT)

12.

Prof. Madya Dr. Chin Mui Yin

Profesor Madya

Ekonomi Antarabangsa (International Economics)

Pengarah

Pusat Pengajian Lepasan Ijazah dan Penyelidikan (Centre for Postgraduate Studies and Research) Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology

(TAR UMT)

E-mel: chinmy@tarc.edu.my No. Telefon: 0166471637

Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT)

 

 

 

BIL

 

NAMA

 

JAWATAN

 

KEPAKARAN

UNIVERSITI / ORGANISASI

 

INSTITUSI

13.

Prof. Madya Dr. Foo Lee Peng

Profesor Madya

Ekonomi Pembangunan (Development Economics)

Pengerusi

Pusat Penyelidikan Perniagaan dan Dasar (Centre for Business and Policy Research)

Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT)

E-mel: foolp@tarc.edu.my

Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT)

14.

Prof. Madya Dr. Wong Mei Foong

Profesor Madya

  • Ekonomi Kewangan (Financial Economics) Ekonomi Pembangunan (Development Economics)
    •   Kewangan (Finance)

Pusat Penyelidikan Perniagaan dan Dasar (Centre for Business and Policy Research)

Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT)

E-mel: wongmf@tarc.edu.my

Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT)

 

 

 

BIL

 

NAMA

 

JAWATAN

 

KEPAKARAN

UNIVERSITI / ORGANISASI

 

INSTITUSI

15.

Dr. Arumugam A/L G Sithamparam

Pensyarah Kanan

Ekonomi Antarabangsa (Perdagangan Antarabangsa-Trade and Environment)

Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)

E-mel: arumugam.gs@apu.edu.my

Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)

 


Kemaskini terakhir pada: 29 November 2023 | Hits: 1278

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my