Siaran Media Isi Bantuan Pasca Banjir Skuad Sukarelawan Parlimen Malaysia
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  

   MISI BANTUAN PASCA BANJIR SKUAD SUKARELAWAN

  PARLIMEN MALAYSIA

 

 

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2024 (Isnin) – Parlimen Malaysia sentiasa prihatin terhadap mangsa-mangsa yang terkesan akibat musibah banjir yang melanda negara kebelakangan ini. Sehubungan itu, Parlimen Malaysia melalui Kelab Kebajikan dan Sukan, Parlimen Malaysia (KESPA) telah mengambil inisiatif untuk menggerakkan skuad sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja Parlimen Malaysia bagi melaksanakan misi bantuan pasca banjir ke sekitar kawasan Jeniang, Kedah.   

YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga akan turut bersama-sama Skuad Sukarelawan Parlimen Malaysia untuk menyampaikan bantuan pasca banjir kepada penduduk setempat yang terjejas. Pelaksanaan misi bantuan ini adalah selaras dengan hasrat Parlimen Malaysia untuk “Merakyatkan Parlimen” melalui pendekatan turun padang serta menyantuni masyarakat umum melalui program dan aktiviti libat urus.

Skuad sukarelawan yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia ini akan memulakan konvoi misi bantuan pada hari ini dengan menaiki enam (6) buah kenderaan pacuan empat roda bersama-sama lebih 15 orang sukarelawan Parlimen Malaysia. Misi utama skuad ini adalah untuk menyampaikan bantuan pasca banjir berupa barangan keperluan harian dan pada masa yang sama membantu mangsa yang terjejas membersihkan kediaman yang terjejas akibat banjir.    

Simbolik perlepasan dengan sesi Flag Off Skuad Sukarelawan Parlimen Malaysia telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Riduan bin Rahmat, Setiausaha Bahagian (Pengurusan) Parlimen Malaysia bertembat di perkarangan lobi Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Parlimen Malaysia.

 

23 DISEMBER 2024

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 23 Disember 2024 | Hits: 711

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 04/02/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my