Siaran Media Kunjungan Tuan Yang Terutama Zhao Leji, Pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan Republik China Ke Parlimen Malaysia Perkukuh Jalinan Kerjasama Malaysia-China
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

   SIARAN MEDIA
OLEH
BAHAGIAN KOMUNIKASI

 

         

       KUNJUNGAN TUAN YANG TERUTAMA ZHAO LEJI, PENGERUSI KONGRES RAKYAT KEBANGSAAN REPUBLIK CHINA KE PARLIMEN MALAYSIA

       PERKUKUH JALINAN KERJASAMA MALAYSIA-CHINA

 

 

KUALA LUMPUR, 18 MEI 2023— Tuan Yang Terutama (TYT) Zhao Leji, Pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan Republik China (NPC) yang Ke-14 (Chairman of the Standing Committee of the 14th National People’s Congress of the People’s Republic of China) telah mengadakan mengadakan pertemuan dua hala bersama YB Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia hari ini. Ini merupakan kunjungan pertama kali dalam 18 tahun oleh Pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan Republik China ke Malaysia.

 

Perbincangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan delegasinya yang terdiri daripada YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat II, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ahli Parlimen Ayer Hitam), YB Tuan Fong Kui Lun (Ahli Parlimen Bukit Bintang), YB Puan Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Puchong, YB Tuan William Leong Jee Keen (Ahli Parlimen Selayang), YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Ahli Parlimen Tebrau) dan YB Tuan Chong Zhemin (Ahli Parlimen Kampar) bersama TYT Zhao tertumpu kepada kerjasama pada peringkat ahli-ahli Parlimen kedua-dua negara.

 

“Malaysia dan China mempunyai hubungan yang utuh dan telah menjalinkan kerjasama dua hala yang baik dalam pelbagai sektor penting, termasuk ekonomi, pelaburan, perdagangan dan diplomasi budaya. Parlimen Malaysia bersedia untuk memperkembangkan jalinan kerjasama yang baik ini bersama Kongres Rakyat Kebangsaan Republik China dalam menyumbang kepada kesinambungan kerjasama yang saling menguntungkan antara Malaysia dan China” kata Yang di Pertua Dewan Rakyat semasa pertemuan tersebut.

 

TYT Zhao dan delegasi berada di Malaysia selama tiga hari bermula dari 18 hingga 20 Mei 2023 bagi lawatan rasmi untuk memperkukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama dalam pelbagai bidang di antara kedua-dua negara.

 

Dalam kerangka lawatan rasmi ini, beliau akan menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah serta mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Selain itu, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara.

 

Seterusnya, TYT Zhao akan dijangka untuk mengadakan lawatan ke Negeri Melaka dan menerima kunjungan hormat daripada YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh (Ketua Menteri Melaka). Beliau turut dijadualkan untuk mengunjungi beberapa lokasi pelancongan dan kebudayaan yang menarik di negeri tersebut.  

 

***

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

Pn. Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir

Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11

Parlimen Malaysia

Emel: shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462

 

En. Muhamad Zhafry Hakim Bin Abu Khair

Bahagian Komunikasi

Parlimen Malaysia

Emel: zhafryhakim@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 6287


Kemaskini terakhir pada: 18 Mei 2023 | Hits: 875

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.039 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my