Siaran Media Lawatan Perdana Menteri Kemboja Ke Parlimen Malaysia: Memperkukuh Hubungan Dua Hala Dan Kerjasama Asean
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      SIARAN MEDIA
 LAWATAN PERDANA MENTERI KEMBOJA KE PARLIMEN MALAYSIA: MEMPERKUKUH HUBUNGAN DUA HALA DAN KERJASAMA ASEAN

 

Kuala Lumpur, 27 Februari-- Perdana Menteri Kemboja, TYT Hun Manet, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul di Parlimen pada hari ini. Kunjungan hormat ini telah diadakan sempena lawatan rasmi TYT Hun Manet ke Malaysia dan menekankan peranan penting hubungan dua hala antara Malaysia dan Kemboja, serta kerjasama dua negara serantau ASEAN dalam kerangka legislatif. Ini merupakan lawatan sulung Perdana Menteri Hun Manet ke Malaysia sejak pelantikannya sebagai Perdana Menteri Kemboja pada Ogos 2023. Perdana Menteri Hun Manet telah diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa TYT Sok Chenda Sophea, Menteri-menteri Kabinet dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan Kemboja.

Dalam kerangka lawatan rasmi beliau, TYT Hun Manet juga turut dijadualkan menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.

Perbincangan TYT Perdana Menteri Kemboja dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menyentuh beberapa perkara termasuk:

  • Kemajuan Hubungan Dua Hala Kemboja-Malaysia
  • Kerjasama serantau ASEAN
  • Kerjasama dalam Perdagangan dan Pelaburan
  • Keterjaminan Makanan
  • Industri Halal
  • Tenaga
  • Keselamatan
  • Kecerdasan Buatan
  • Pembangunan Sosio-Ekonomi Masyarakat Islam di Kemboja

 

Kedua-dua Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri Kemboja telah sependapat untuk meningkatkan dialog dan kerjasama dalam skop legislatif antara Kemboja-Malaysia serta mengukuhkan integrasi, perpaduan dan daya tahan serantau. Kemboja merupakan salah satu negara pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada tahun 1957. Sejak itu, kedua-dua negara telah memupuk kerjasama yang teguh merentasi pelbagai sektor, termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan dan peluang pekerjaan. Pada 2023, Kemboja merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di rantau ASEAN. Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kemboja telah mencapai nilai yang sebanyak RM3.02 bilion, dengan eksport Malaysia berjumlah RM2.35 bilion, mencerminkan peningkatan ketara sebanyak 1.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.


 

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir
Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11

Emel: shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462

 


Kemaskini terakhir pada: 27 Februari 2024 | Hits: 361

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my