Siaran Media Lawatan Rasmi Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Yb Tan Sri Dato’ Johari Bin Abdul Ke Kerajaan Kemboja Pada 20 – 24 Julai 2023
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA

LAWATAN RASMI YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT YB TAN SRI DATO’ JOHARI BIN ABDUL KE KERAJAAN KEMBOJA PADA 20 – 24 JULAI 2023

 

Kuala Lumpur, 20 Julai -- YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia akan mengadakan Lawatan Rasmi ke Kerajaan Kemboja dari 20 – 24 Julai atas jemputan Kerajaan Kemboja sebagai pemerhati antarabangsa Pilihan Raya Kebangsaan yang bakal diadakan pada 23 Julai. Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga akan menghadap Raja Kemboja, Yang Mulia Preah Bat Samdech Preah Boromneath Norodom Sihamoni serta bertemu dengan Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Ponhea Chakrei Heng Samrin, Presiden Perhimpunan Kebangsaan Kerajaan Kemboja untuk membincangkan usaha memanfaatkan hubungan antara kedua-dua badan legislatif Kemboja dan Malaysia ke arah pemusatan dan perpaduan ASEAN. Sesi dialog itu bertujuan untuk memperkukuh perpaduan serantau dan integrasi ekonomi dalam menangani cabaran perubahan iklim, ketegangan geopolitik dan pembangunan mampan. 

***

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir
Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11
Emel: shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462

 

 


Kemaskini terakhir pada: 21 Julai 2023 | Hits: 833

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my