Siaran Media oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains Dan Perladangan Dewan Rakyat Parlimen Ke-15
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA 

 YB DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM

 PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN KHAS

 ALAM SEKITAR, SAINS DAN PERLADANGAN

 DEWAN RAKYAT PARLIMEN KE-15

 

 

KUALA LUMPUR, 14 MAC 2024 - Jawatankuasa Pilihan Khas Sains, Alam Sekitar dan Perladangan telah mengadakan mesyuarat bersama dengan Kementerian-kementerian yang terlibat dengan Jawatankuasa pada 12 dan 13 Mac 2024 untuk mendengar taklimat dan membincangkan mengenai pelaksanaan program, aktiviti dan projek pembangunan bagi tahun 2024.

Kementerian-Kementerian memberi penerangan yang merangkumi projek pembangunan, program dan aktiviti bagi tahun 2024, terdiri daripada:
 

  1. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA);
  2. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES);
  3. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); dan
  4. Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Jawatankuasa merakamkan ucapan penghargaan di atas komitmen diberikan oleh Ketua Setiausaha dan semua pegawai daripada Kementerian yang turut hadir ke mesyuarat.


Jawatankuasa telah meneliti peruntukan kewangan kepada Kementerian untuk memastikan semua program, aktiviti dan projek pembangunan dengan baik dan berhemah. Kementerian yang terlibat sangat komited untuk memastikan keberhasilan projek pembangunan yang telah dan akan dijalankan dalam memastikan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan memberi manfaat kepada rakyat, menyokong pembangunan ekonomi dan sosial yang berkekalan untuk jangka panjang.

Jawatankuasa berharap pemantauan yang teliti terhadap pelaksanaan projek, pengurusan kewangan yang cermat, pematuhan kepada piawaian kualiti, serta pengambilan tindakan yang sewajarnya untuk memastikan semua projek yang dirancang dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
 

Jawatankuasa akan terus memainkan peranan semak dan imbang kepada Kementerian dalam meneliti semua isu yang berkaitan dengan alam sekitar, sains dan perladangan.


Kemaskini terakhir pada: 14 Mac 2024 | Hits: 399

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my