SIARAN MEDIA OLEH YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KETUAI PERBINCANGAN ANTARA PARLIMEN MALAYSIA-PERANCIS UNTUK MEMBANGUN KERJASAMA DALAM AGENDA EKONOMI, CABARAN IKLIM DAN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA

YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KETUAI PERBINCANGAN ANTARA
PARLIMEN MALAYSIA-PERANCIS UNTUK MEMBANGUN KERJASAMA DALAM
AGENDA EKONOMI, CABARAN IKLIM DAN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR
 

Paris, 15 Julai 2023 -- Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul telah mengetuai delegasi Malaysia ke Dewan Perhimpunan Kebangsaan dan Senat Perancis serta ke Mesyuarat Antara Parlimen Kesatuan Eropah-Malaysia yang telah dianjurkan oleh Parlimen Eropah daripada 11-13 Julai 2023.

 

Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah diiringi oleh YB Wong Chen, Pengerusi

Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa, YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi, YB Datuk Jonathan bin Yasin, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan dan YB Haji Yusuf bin Abdul Wahab, Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi.

Tan Sri Dato’ Johari telah mengadakan pertemuan yang produktif bersama Puan Yang Terutama Yaël Braun-Pivet, Speaker Dewan Perhimpunan Kebangsaan Perancis untuk mengukuhkan kerjasama parlimen Malaysia dan Perancis dalam membangun agenda ekonomi, cabaran iklim dan perlindungan alam sekitar.

Delegasi Malaysia juga telah mengadakah sebuah mesyuarat yang produktif bersama Puan Pascale Boyer Renaissance, Presiden Kumpulan Persahabatan Dewan Perhimpunan Kebangsaan Perancis-Malaysia dan Tour of National Assembly of France serta Tuan Mathieu Darnaud, Senator Ardèche. dan Presiden Kumpulan Persahabatan Senat Perancis-Asia Tenggara. Malaysia juga telah mengalu-alukan cadangan atau perbincangan untuk menjalin kerjasama dalam bidang pendidikan dan teknologi yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan telah menyatakan hasratnya untuk menjalinkan kerjasama untuk membangun bidang pelancongan dan budaya.

 

Selaras dengan Hala Tuju Pembangunan Strategi Malaysia yang mensasarkan peningkatan 70 peratus Kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam sistem pembekalan elektrik menjelang 2050, Parlimen Malaysia sedang mengorak langkah untuk menjalankan pengoperasiannya menggunakan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy).

Pada yang sama, Malaysia juga sedang giat meningkatkan tahap kesedaran awam terhadap kesan perubahan iklim dalam negara yang semakin meningkat serta pemerkasaan wanita supaya generasi muda didedahkan dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dalam melahirkan pemimpin masa hadapan.

 

Selama 20 tahun, hubungan Kesatuan Eropah-Malaysia telah berkembang melalui kerjasama berterusan bertunjangkan nilai dan prinsip yang sama, termasuk perintah berasaskan peraturan, multilateralisme yang berkesan dan lestari serta perdagangan yang bebas dan adil.

 

Mesyuarat Parlimen Malaysia dan Kesatuan Eropah memberi peluang kepada dialog yang membina bagi membolehkan kedua-dua institusi legislatif tersebut meningkatkan lagi persefahaman kedua-dua negara melalui pertukaran idea. Pertemuan itu juga membuka ruang bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama Malaysia dan Kesatuan Eropah.

 

“Malaysia dan Kesatuan Eropah berkongsi matlamat yang sama dalam memastikan kesejahteraan rakyatnya. Saya ingin menegaskan bahawa Malaysia menghargai hubungan rapatnya dengan Kesatuan Eropah dalam menegakkan nilai kebebasan, kesaksamaan dan keamanan, serta melindungi demokrasi, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang. Sememangnya, lawatan delegasi Parlimen Malaysia ke Parlimen Eropah hari ini adalah manifestasi hasrat kedua-dua negara untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Kesatuan Eropah. Saya berharap pertemuan ini akan membuka jalinan kerjasama yang lebih mendalam buat kedua-dua pihak dan akan menjadi platform untuk mempererat hubungan diplomatik antara parlimen ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.” kata YB Tan Sri Johari bin Abdul.

 

Sementara itu, YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul juga telah mengetuai delegasi Malaysia ke Strasbourg dalam Mesyuarat Antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Eropah. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Danial Caspary, Pengerusi Delegasi untuk Hubungan bersama Negara-negara Asia Tenggara dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (DASE).

Di dalam mesyuarat tersebut, Malaysia telah menyatakan hasrat untuk berkerjasama dan berkongsi idea serta teknologi bersama Kesatuan Eropah. Ini juga akan membuka peluang untuk generasi muda untuk didedahkan dengan teknologi baharu melalui program pemindahan teknologi.

Perbincangan tersebut juga telah menyentuh jalinan kerjasama yang lebih mendalam bersama Kesatuan Eropah untuk memperkembangkan pelaburan perdangangan bersama ASEAN untuk membangun dan mencapai matlamat bersama.

 

***

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir

Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11

Emel: shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462

 

 


Kemaskini terakhir pada: 15 Julai 2023 | Hits: 838

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my