Siaran Media Oleh YB Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Hashim Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains Dan Perladangan Dewan Rakyat Parlimen Ke-15
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA

 

YB DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM

PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN KHAS

ALAM SEKITAR, SAINS DAN PERLADANGAN

DEWAN RAKYAT PARLIMEN KE-15

 

 

KUALA LUMPUR, 15 JUN 2023- Seperti diumumkan oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat Parlimen ke-15, saya telah diamanahkan untuk mempengerusikan Jawatankuasa Pilihan Khas Sains, Alam Sekitar dan Perladangan.

 

Jawatankuasa ini dibentuk sebagai pelengkap kepada peranan semak imbang dalam negara.

Keahlian JKPK ini adalah seramai sembilan orang Ahli Dewan Rakyat termasuk saya sebagai Pengerusi, dan ahli-ahli lain terdiri daripada:

 

  1. YB Puan Vivian Wong Shir Yee (Ahli Parlimen Sandakan)
  2. YB Tuan Chow Yu Hui (Ahli Parlimen Raub)
  3. YB Dato' Ngeh Koo Ham (Ahli Parlimen Beruas)
  4. YB Puan Rodiyah Binti Sapiee (Ahli Parlimen Batang Sadong)
  5. YB Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Ahli Parlimen Julau)
  6. YB Tuan Kesavan A/L Subramaniam (Ahli Parlimen Sungai Siput)
  7. YB Dato' Sri Tuan Ibharim Bin Tuan Man (Ahli Parlimen Kubang Kerian)
  8. YB Dato' Azman Bin Nasrudin (Ahli Parlimen Padang Serai)

 

Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan memantau isu isu berkaitan 3 Kementerian iaitu:

  1. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
  2. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  3. Kementerian Perladangan dan Komoditi

 

 

Jawatankuasa telah memanggil kementerian kementerian untuk memberikan taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab di bawah kementerian masing-masing serta isu-isu berbangkit.

 

Saya berterima kasih diatas komitmen diberikan sendiri oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan Dan Komoditi, YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim serta YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi yang telah hadir ke mesyuarat yang telah dilaksanakan pada 12, 13 dan 14 Jun 2023.

 

Saya juga ingin berterima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Pilihan Khas yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dengan kehadiran 100%, mengemukakan pertanyaan dan pandangan bernas.

 

Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan juga turut disokong oleh sebuah sekretariat daripada Seksyen Jawatankuasa Pilihan Khas dan Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat yang terdiri daripada pegawai penyelidik yang dilantik dan dipertanggungjawabkan bagi membantu urusan JKPK.

 

 


Kemaskini terakhir pada: 15 Jun 2023 | Hits: 1147

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.025 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my