Siaran Media Parlimen Malaysia Perlu Kekal Jadi Tonggak Demokrasi Dan Legislatif Negara
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      SIARAN MEDIA     

PARLIMEN MALAYSIA PERLU KEKAL JADI TONGGAK DEMOKRASI DAN LEGISLATIF NEGARA

 

Kuala Lumpur, 22 Januari 2024— YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di- Pertua Dewan Rakyat telah menyampaikan ucapan beliau sempena Majlis Amanat Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang berlangsung di Parlimen pada pagi ini.


Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam amanatnya telah menyentuh kepentingan warga Parlimen untuk berkhidmat dengan cekap dan tertib dalam memastikan agar institusi Parlimen kekal menjadi tonggak demokrasi negara. Antara intipati ucapan beliau adalah:

Yang di-Pertua Dewan Rakyat merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar atas segala sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan selama berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara, khususnya usaha untuk mengembalikan kedudukan insitusi Parlimen sebagai badan yang bebas.
 
  1. Sebagai sebuah badan perundangan mewakili rakyat di peringkat akar umbi, Parlimen adalah landasan penting dalam memastikan dasar dan polisi kerajaan dilaksanakan secara efektif dan berkesan melalui mekanisme semak dan imbang.
​​​​​​​
  1. Warga Parlimen Malaysia harus bergerak seiring dengan momentum negara yang positif serta ditandakan dengan perkembangan ekonomi sebanyak empat hingga lima peratus pada tahun 2024 di samping nilai pelaburan RM225 billion pada tempoh sembilan bulan pertama 2023.
 
  1. Malaysia telah mula menyusun strategi untuk peranan sebagai pengerusi ASEAN pada 2025. Parlimen Malaysia sebagai pengerusi Persidangan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) pada tahun 2025 harus memainkan peranan bekerjasama rapat dengan semua negara anggota, rakan dialog dan rakan luar untuk merealisasikan Komuniti ASEAN yang adaptif, tangkas, proaktif dan responsif untuk meraih peluang.
 
  1. Yang di-Pertua Dewan Rakyat menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah kerana dengan kebijaksanaan dan pertimbangan baginda yang amat teliti mengemudi bahtera negara walaupun dilanda badai pandemik dan ketidaktentuan politik, alhamdulillah, negara kita masih kekal aman makmur di atas izin-Nya.
​​​​​​​
  1. Tidak lama lagi, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar akan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan akan bersemayam selama lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari 2024. Umum mengetahui bahawa pendirian Sultan Ibrahim yang tegas menyuarakan pendapatnya secara terbuka mengenai isu-isu dan dasar-dasar Kerajaan.
​​​​​​​
  1. Dengan kesediaan Baginda untuk bertitah mengenai isu-isu yang dekat dengan hati rakyat Malaysia, warga Parlimen Malaysia yang bekerja di institusi yang bertindak sebagai wadah suara nurani rakyat harus sama- sama menggembleng tenaga untuk sentiasa meningkatkan prestasi institusi ini kepada tahap yang tinggi dengan mendemokrasikan Parlimen dan mendekatkan Parlimen kepada rakyat melalui pelbagai program jangkauan untuk memberi kefahaman kepada rakyat tentang sistem Parlimen.


PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir
Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11 Emel: shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462

   

 


Kemaskini terakhir pada: 22 Januari 2024 | Hits: 394

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my