Siaran Media Parlimen Malaysia Terus Konsisten Dalam Menyuarakan Sokongan Kepada Perjuangan Rakyat Palestin
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      SIARAN MEDIA

 

           PARLIMEN MALAYSIA TERUS KONSISTEN DALAM MENYUARAKAN SOKONGAN KEPADA PERJUANGAN

       RAKYAT PALESTIN

 

Tehran, 10 Januari 2024 – YB Dato’ Ramli Bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menghadiri mesyuarat Kesatuan Parlimen Negara Anggota OIC (Parliamentary Union of the OIC Member States, PUIC) bagi Jawatankuasa Tetap Palestin di Tehran, Iran pada jam 01.00 petang waktu tempatan. Mesyuarat itu juga turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, YB Dr. Mohammed Taufiq Bin Johari serta wakil-wakil Parlimen sebanyak 26 negara daripada 54 negara anggota PUIC seluruh dunia.

 

Dalam mesyuarat tersebut, YB Dato’ Ramli Bin Dato’ Mohd Nor telah menyatakan bahawa Parlimen Malaysia sehingga kini secara konsisten menyokong perjuangan dan hak rakyat Palestin termasuk pembentukan Negara Palestin yang berkerajaan sendiri dan beroutonomi. Parlimen Malaysia juga menyeru kepada seluruh anggota PUIC untuk terus menyokong perjuangan dan hak rakyat Palestin.

 

Selain itu, Malaysia juga baru-baru ini telah menyatakan kecaman kerasnya terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB yang berterusan oleh Israel. Malaysia juga telah menggesa negara anggota PBB untuk bersatu dalam solidariti dengan Palestin dan mengambil tindakan untuk menegakkan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

 

Jelas beliau, Parlimen Malaysia juga telah mewujudkan satu kaukus iaitu Kaukus Palestin Parlimen Malaysia di mana iainya dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Ledang, YB Syed Ibrahim Syed Noh sebagai tindak balas kepada konflik yang berterusan di Gaza baru-baru ini.

Melalui kaukus ini, Parlimen Malaysia telah menggunakan saluran diplomatik dengan menyerahkan nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia. Penyerahan nota ini menunjukkan komitmen Parlimen Malaysia untuk menyatakan kebimbangan dan tuntutan Malaysia berhubung situasi di Gaza.

 

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 Negara Malaysia, Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM10 juta khusus untuk usaha bantuan kemanusiaan di Palestin. Kerajaan Malaysia juga telah melakukan misi bantuan kemanusiaan di mana penghantaran pertama bantuan kemanusiaan Malaysia telah sampai ke Lapangan Terbang Tentera El-Arish di Mesir pada 4 November 2023. Penghantaran pertama tersebut terdiri daripada 20 tan barangan perubatan dan keperluan. Penghantaran kedua yang mengandungi 16 tan barangan sumbangan telah dihantar pada 10 November 2023 dan penghantaran ketiga sebanyak 60 tan barangan bantuan berbentuk ubat-ubatan, peralatan perubatan, makanan, keperluan bayi dan wanita serta keperluan musim sejuk telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa el-Arish pada 19 DIsember 2023 baru-baru ini.

 

Selain itu, seluruh rakyat Malaysia juga turut mempamerkan dedikasi mereka di atas isu perjuangan rakyat Palestin di mana sebanyak RM71 juta berjaya dikumpul melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 19 Oktober 2023.

 

Parlimen Malaysia bersungguh-sungguh menyokong perjuangan Palestin. Parlimen dan Kerajaan Malaysia juga akan menggunakan semua cara yang ada untuk menguatkan suara mereka dan melindungi hak mereka.


 

PEJABAT TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT

PARLIMEN MALAYSIA

+603-26017187

 


Kemaskini terakhir pada: 11 Januari 2024 | Hits: 562

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.037 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my