Siaran Media Pelantikan Ybhg. Datuk Haji Muhamad Zamani Bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia Ke-7
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      SIARAN MEDIA

PELANTIKAN YBHG. DATUK HAJI MUHAMAD ZAMANI BIN MOHD ALI , KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA KE-7 BERKUAT KUASA 14 OGOS 2023
 

PARLIMEN MALAYSIA, 15 Ogos 2023 (Selasa) – YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani Bin Mohd Ali telah dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (KPPM) yang Baharu berkuat kuasa pada 14 Ogos 2023.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan YBhg. Datuk Nor Yahati Awang yang telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Intergriti Malaysia (IIM) pada tarikh yang sama. Sebelum dilantik sebagai KPPM, YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani memegang jawatan sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan di Kementerian Pertahanan Malaysia.

Penyerahan watikah penempatan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dalam majlis ringkas di Pejabat KPPA, Putrajaya semalam.

Seluruh warga Parlimen Malaysia merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani atas pelantikan ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat YBhg. Datuk Nor Yahati Awang atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat di Parlimen Malaysia mulai 4 Januari 2021 hingga 13 Ogos 2023.

 

Dikeluarkan oleh:

Bahagian Komunikasi Korporat

Parlimen Malaysia


Kemaskini terakhir pada: 15 Ogos 2023 | Hits: 2041

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my