SIARAN MEDIA PROJEK BINA SISWA B40@CAMERON
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      SIARAN MEDIA

PROJEK BINA SISWA B40@CAMERON

 

DAMANSARA, 23 Februari 2024 - YB Dato' Ramli Bin Dato' Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands telah merasmikan Projek Bina Siswa B40 @Cameron yang dianjurkan oleh SEGI University dengan kerjasama UniLenders serta PTPTN Xtra yang bertempat di Auditorium A, SEGI Universiti Damansara pada jam 02.00 petang waktu tempatan.

Majlis pelancaran inisiatif projek tersebut juga turut dihadiri oleh YBhg. Datuk P. Kamalanathan (Mantan Timbalan Menteri Pendidikan dan Mantan Ahli Parlimen Hulu Selangor), Prof. Dr. Srikumar Chakravarthi (Timbalan Naib Canselor SEGi Universiti) dan juga para ali panel dari pelbagai latar belakang.

Projek tersebut merupakan inisiatif daripada YB Dato' Ramli Bin Dato' Mohd Nor dengan kerjasama SEGi Universiti di mana pinjaman pendidikan akan diberikan kepada seseorang individu yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam bidang profesional dengan kadar faedah sebanyak satu peratus (1%) dan anya perlu dibayar setelah 12 bulan tamat pembelajaran. Jumlah pinjaman yang ditawarkan itu mampu untuk membiayai kos pendidikan daripada mula sehingga tamat pelajaran.

Selain daripada itu, projek ini juga memfokuskan kepada individu khusunya bagi kelompok B40 yang tidak berjaya mendapat tempat di Institut Pengajian Awam bagi melanjutkan Pelajaran mereka.

Di dalam ucapan beliau, YB Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor menyokong usaha seperti ini dilaksanakan dan beliau berharap agar inisiatif seperti ini akan dilakukan oleh Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang lain dan anya diberikan keutamaan kepada masyarakat Orang Asli di seluruh Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

 

PEJABAT TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
PARLIMEN MALAYSIA
+603-26017187
JALAN PARLIMEN, 50680 KUALA LUMPUR
Tel.: 03-26017398 / 03-20261850 Fax : 03-20201770

 


Kemaskini terakhir pada: 22 April 2024 | Hits: 343

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my