Siaran Media Sambutan Hari Wanita Tahun 2023 Peringkat Parlimen Malaysia
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

SIARAN MEDIA
OLEH
BAHAGIAN KOMUNIKASI 
PARLIMEN MALAYSIA


   SAMBUTAN HARI WANITA TAHUN 2023

   PERINGKAT PARLIMEN MALAYSIA

 

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2023 – YB Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Wanita Tahun 2023 Peringkat Parlimen Malaysia bertemakan ‘KASIH Wanita dan Legislatif’ bertempat di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia. Objektif sambutan ini adalah sebagai platform untuk Parlimen Malaysia merakamkan penghargaan kepada sumbangan dan jasa kaum wanita terutamanya dalam bidang legislatif.
 

Yang di-Pertua Dewan Rakyat turut menekankan supaya semua wanita bukan hanya setakat terpelajar (educated) tetapi juga terdidik (learned). Langkah ke hadapan (way forward) adalah untuk mendorong peratus perwakilan wanita yang lebih besar di Parlimen Malaysia sebagai pemain utama dalam memacu pariti gender dan mencapai penyertaan penuh, berkesan dan sama rata wanita di Parlimen dan semua institusi Negeri, termasuk peranan kepimpinan.
 

Kepimpinan ini bukan kuota semata-mata tetapi berasaskan kelayakan dan keupayaan wanita itu sendiri. Sistem sokongan atau faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam pemerkasaan perwakilan wanita di Parlimen. Perwakilan wanita juga perlu disertai oleh kumpulan wanita seperti kategori kurang upaya dan golongan minoriti.
 

Disamping itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga menegaskan keperluan kesaksamaan gender di dalam politik, sekurang-kurangnya 30 peratus Ahli Parlimen wanita. Pada masa kini, Parlimen Malaysia juga mempunyai seramai 39 Ahli Parlimen wanita iaitu Sembilan (9) orang Senator dan 30 orang Ahli Dewan Rakyat.
 

Parlimen Malaysia juga telah membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial, Kumpulan Parlimen Semua Parti mengenai SDGs dan Majlis Pemimpin Politik Wanita Malaysia (COMWEL) untuk membantu mempercepatkan penglibatan wanita dalam politik dan menjadi berkesan. penggubal undang-undang.
 

Sementara itu, YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga turut mencadangkan supaya diadakan satu (1) persidangan ‘Parlimen Wanita’ yang merentas parti dan pertubuhan.
 

Majlis sambutan ini telah dihadiri lebih daripada 500 peserta terdiri daripada Ahli Parlimen, agensi-agensi Kerajaan, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi (IPT) dan ditonton secara langsung lebih 2,000 orang di saluran YouTube Parlimen Malaysia. Turut disediakan adalah beberapa reruai daripada pelbagai agensi Kerajaan dan PUSPANITA Parlimen Malaysia.

 

-Tamat-

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI
PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 10 Mac 2023 | Hits: 2290

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 21/11/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my