SIARAN MEDIA YANG BERHORMAT DATUK SERI DR. DZULKEFLY BIN AHMAD PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN KHAS K
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA

 

          YANG BERHORMAT DATUK SERI DR. DZULKEFLY BIN AHMAD

          PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN KHAS KESIHATAN

        DEWAN RAKYAT PARLIMEN KE-15

 

Pada 2 Ogos 2023 (Rabu), saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Bil. 6 yang telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan seperti berikut:

 

  1. YB Dato’ Adnan bin Abu Hassan (Ahli Parlimen Kuala Pilah)
  2. YB Puan Young Syefura binti Othman (Ahli Parlimen Bentong)
  3. YB Tuan Haji Onn bin Abu Bakar (Ahli Parlimen Batu Pahat)
  4. YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi (Ahli Parlimen Kuala Langat)
  5. YB Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak (Ahli Parlimen Kuala Nerus)
  6. YB Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Ahli Parlimen Tanjong Karang)

 

Mesyuarat JKPK tersebut merupakan mesyuarat ketiga JKPK yang membincangkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dengan sesi libat urus bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemain-pemain industri dan persatuan-persatuan.

 

Yang Berhormat Tuan Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan turut menghadiri mesyuarat JKPK bersama YB Bandar Kuching dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Jabatan Guaman Negara (AGC).

 

Pada sesi libat urus bersama pihak PDRM, telah membincangkan mengenai persefahaman untuk beberapa isu berkenaan istilah dan aspek penguatkuasaan. JKPK Kesihatan telah mendengar pandangan dan syor-syor yang dicadangkan berkenaan RUU oleh wakil daripada pemain industri seperti Philip Morris (Malaysia) Sdn. Bhd., British American Tobacco (Malaysia) Berhad dan Japan Tobacco International (JTI Malaysia).

 

Selain daripada wakil pemain industri, JKPK Kesihatan turut mendengar pandangan dan syor-syor daripada wakil persatuan seperti Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Pertubuhan Torasik Malaysia (MTS), Akademi Perubatan Malaysia (AMM) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

 

Antara perkara utama yang dibincangkan dalam kalangan pakar-pakar dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kesihatan adalah sama ada bahawa RUU ini mesti dirangka dengan merubah paradigma punitif kepada melindung (protective) dan mencegah (preventive) sebagai pendekatan terhadap 'Generasi Penamat' atau 'End-Game Generation'. Perkara ini akan diperhalusi dalam mesyuarat seterusnya bersama pihak KKM dan pihak AGC untuk membincangkan rumusan dan memuktamadkan syor-syor JKPK serta cadangan pindaan RUU sebelum penyata dibentangkan di Dewan Rakyat.

 

Pada masa yang sama, JKPK Kesihatan turut menerima pandangan dan cadangan secara bertulis yang telah dihantar oleh NGO dan pemain-pemain industri. Pandangan dan cadangan tersebut akan dikaji secara menyeluruh dan akan diambil kira dalam penyediaan dapatan dan rumusan JKPK.

 

Sekian, terima kasih.


Kemaskini terakhir pada: 4 Ogos 2023 | Hits: 994

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my