SIARAN MEDIA YANG BERHORMAT DATUK SERI DR. DZULKEFLY BIN AHMAD PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN KHAS KESIHATAN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KE-15
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA

 

YANG BERHORMAT DATUK SERI DR. DZULKEFLY BIN AHMAD

PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN KHAS KESIHATAN

DEWAN RAKYAT PARLIMEN KE-15

 

 

KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2023 - Saya telah diangkat dan diamanahkan untuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan oleh Ahli-Ahli JKPK. Keahlian JKPK ini adalah seramai 9 orang Ahli Dewan Rakyat (termasuk saya) dan ahli-ahli lain terdiri daripada:
 

  1. Yang Berhormat Dato’ Adnan bin Abu Hassan (Ahli Parlimen Kuala Pilah)
  2. Yang Berhormat Puan Young Syefura binti Othman (Ahli Parlimen Bentong)
  3. Yang Berhormat Tuan Oscar Ling Chai Yew (Ahli Parlimen Sibu)
  4. Yang Berhormat Tuan Haji Onn bin Abu Bakar (Ahli Parlimen Batu Pahat)
  5. Yang Berhormat Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran (Ahli Parlimen Batu)
  6. Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi (Ahli Parlimen Kuala Langat)
  7. Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak (Ahli Parlimen Kuala Nerus)
  8. Yang Berhormat Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Ahli Parlimen Tanjong Karang)

Pada 12 Jun 2023 (Isnin) yang lalu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa selepas membuat Bacaan Pertama Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, lantas telah merujuk RUU tersebut kepada JKPK Kesihatan untuk membuat penelitian serta pindaan terakhir, sebelum dibentang serta dibahas dalam Bacaan Kedua dan dipertimbangkan untuk kelulusan.

Setakat ini JKPK Kesihatan telah mengadakan 2 mesyuarat, pada 27 Jun 2023 (Selasa) dan 11 Julai 2023 (Selasa). Mesyuarat pertama bersama Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan kedua bersama Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan, bagi membincangkan perkara-perkara dasar dan penguatkuasaan berkenaan RUU tersebut.

Dalam Mesyuarat kedua, kami telah memanggil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mendengar taklimat Penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan Peranti Rokok Elektronik 2022. KPDN bertanggungjawab menguatkuasakan penandaan keselamatan logo MS SIRIM Peranti Rokok Elektronik.

KPDN juga sedang melaksanakan penguatkuasaan berhemah bagi menggalakkan serta membolehkan pihak industri membuat persediaan dan mengemukakan permohonan pensijilan kepada pihak SIRIM.

Sementara Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dipanggil untuk memberi penerangan tentang tahap keupayaan serta kompetensi pegawai-pegawai penguatkuasaan mereka. Libat-urus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), bahkan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) adalah mustahak untuk dianjurkan segera, bagi menangani pelbagai aspek penyelarasan perlaksanaan.

JKPK Kesihatan akan mengadakan sesi libat-urus bersama pakar-pakar dari pelbagai disiplin serta sektor, dan pemegang taruh seperti ahli-ahli akademik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil-wakil industri, untuk memastikan RUU ini mengambil pandangan yang menyeluruh sebelum dimuktamadkan dan dibentangkan di Dewan Rakyat.

JKPK Kesihatan akan terus mengadakan beberapa lagi mesyuarat untuk membincangkan rumusan dan memuktamadkan syor-syor JKPK serta cadangan pindaan RUU

JKPK Kesihatan bertekad untuk berusaha mempersiapkan keseluruhan RUU ini, supaya boleh dipertimbangkan untuk pembentangan Bacaan Kali ke-2 pada Sesi Khas Sidang Parlimen mengenai Pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK-12 pada 11 September 2023 akan datang.


Kemaskini terakhir pada: 14 Julai 2023 | Hits: 1060

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my