PARLIMEN MALAYSIA KUALA LUMPUR |
SIARAN MEDIA
YANG BERHORMAT SENATOR DATO AWANG BEMEE BIN AWANG ALI BASAH DIPILIH MENJADI
YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA YANG KE-21
KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024 – YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah hari ini telah dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-21 untuk tempoh selama tiga (3) tahun. Terdahulu beliau telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bermula 15 Julai 2024 sehingga 14 Julai 2027. Lantikan beliau adalah merupakan lantikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
YB Senator Dato Awang Bemee merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak bagi kawasan DUN Nangka selama tiga penggal sebelum ini, sejak 1996 hingga 2011. Beliau telah dilantik menyandang jawatan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching pada tahun 1998. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perundangan dan berpengalaman luas mengendalikan pelbagai kes di semua peringkat mahkamah termasuk Mahkamah Persekutuan sebelum ini.
Berikut pautan gambar rasmi: https://storage.parlimen.gov.my/sharing/7GErSQSow
22 JULAI 2024
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT,
PARLIMEN MALAYSIA
Kemaskini terakhir pada: 22 Julai 2024 | Hits: 452