Siaran Media Yang Di-Pertua Dewan Negara Dan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Akan Menghadiri Persidangan Kali Ke-27 Conference Of Speakers And Presiding Officers Of The Commonwealth (CSPOC) Di Kampala, Uganda
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      SIARAN MEDIA

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA DAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT AKAN MENGHADIRI PERSIDANGAN KALI KE-27
CONFERENCE OF SPEAKERS AND PRESIDING OFFICERS OF THE COMMONWEALTH (CSPOC) DI KAMPALA, UGANDA

3 - 6 JANUARI 2024


2 Januari 2024, Kuala Lumpur - YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Dewan Negara (YPDN) bersama YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat (YPDR) akan menghadiri persidangan kali ke-27 Conference of Speakers and Presiding Officers of The Commonwealth (CSPOC) bermula pada 3 hingga 6 Januari 2024 di Kampala, Uganda.

YB Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Negara akan membentangkan topik berkaitan dengan Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Peranan Parlimen (Environment, Climate Change and The Role of Parliament), manakala, YB Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat pula akan membentangkan topik berkaitan dengan Parlimen yang Terangkum dan Pelbagai: Sensitiviti Belia dan Jantina (Diverse and Inclusive Parliaments: Youth and Gender Sensitivity) pada 4 Januari 2024 semasa persidangan tersebut.

Delegasi Parlimen Malaysia yang diketuai oleh YB Tan Sri YPDN dan YB Tan Sri YPDR dijadualkan untuk turut mengadakan kunjungan hormat kepada PYT Anita Annet Among, Speaker Parlimen Uganda selaku tuan rumah bagi persidangan tersebut pada 3 Januari 2024 dan seterusnya menghadiri majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh TYT Yoweri Kaguta Museveni, Presiden Uganda pada 4 Januari 2024 dan pada hari yang sama delegasi Parlimen Malaysia juga akan menghadiri Mesyuarat Serantau Malaysia dan Singapura (Regional Meeting Malaysia and Singapore). Delegasi Parlimen Malaysia juga dijadualkan untuk menghadiri mesyuarat dua hala bersama delegasi lain yang hadir serta sesi bengkel yang akan dianjurkan pada persidangan tersebut.

Sejak penubuhannya pada tahun 1969, persidangan ini telah diadakan pada setiap dua tahun bertujuan untuk mengekalkan, memupuk, menggalakkan kesaksamaan dan keadilan antara Speaker serta Pegawai-pegawai Dewan di seluruh Negara-negara Komanwel. Persidangan pada tahun ini dijangkan akan dihadiri oleh 40 delegasi mewakili parlimen daripada 33 negara, termasuk Malaysia.

Delegasi Parlimen Malaysia turut disertai oleh YBrs Tuan Muhd Sujairi bin Abdullah, Setiausaha Dewan Negara dan YBrs Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat serta Pegawai-pegawai Kanan Parlimen Malaysia.

Persidangan ini merupakan platform yang terbaik untuk menggalakkan pertukaran pengetahuan, kefahaman berkaitan demokrasi berparlimen dalam membangunkan institusi parlimen serta membincangkan isu-isu global terkini. Perkara ini selari dengan fokus persidangan pada tahun ini iaitu alam sekitar, perubahan iklim, keterangkuman dan kepelbagaian, peranan Speaker serta Pegawai-pegawai Dewan. Maklumat lanjut mengenai persidangan ini boleh didapati di laman web https://www.cspoc.org/

 

 

KUALA LUMPUR

2 JANUARI 2024

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 2 Januari 2024 | Hits: 538

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my