Siaran Media Yb Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains Dan Perladangan Dewan Rakyat Parlimen Ke-15
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      SIARAN MEDIA

  ANCAMAN HIDUPAN LIAR TERHADAP PENGUSAHA KEBUN DAN LADANG DI SELURUH NEGARA

 

 

KUALA LUMPUR, 7 DISEMBER 2023- Jawatankuasa Alam Sekitar, Sains dan Perladangan memandang serius insiden-insiden berkaitan ancaman hidupan liar terhadap pengusaha kebun dan ladang di seluruh negara yang dilihat semakin kerap berlaku akhir-akhir ini. Terbaharu insiden melibatkan seorang pekerja ladang warga Indonesia, Sandra Kirana Sinaga, 39 tahun, yang maut dipercayai dilanyak oleh seekor gajah di Ladang Upayapadu, Sungai Bayu pada Isnin, 4 Disember 2023. Pekerja tersebut dipercayai diserang oleh gajah liar daripada jenis Elephas Maximus.

 

Selain itu, pada Rabu, 29 November 2023 seorang lelaki dilaporkan diserang hendap oleh harimau ketika menoreh getah berhampiran Kampung Kuala Tol, Gua Musang, Kelantan. Sepanjang tahun 2023, empat laporan maut akibat serangan harimau di Gua Musang telah dilaporkan. Jawatankuasa mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat.

 

Jawatankuasa telah mengadakan satu sesi perbincangan mengenai ancaman hidupan liar bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada Rabu, 15 November 2023. Antara isu-isu yang telah dibincangkan termasuklah statistik kemalangan melibatkan hidupan liar dan serangan hidupan liar dan anggaran kerugian akibat serangan hidupan liar ke atas tanaman, ternakan, harta benda dan langkah yang telah diambil oleh PERHILITAN agar risiko insiden serangan hidupan liar dapat dikurangkan.

 

Jawatankuasa akan terus memantau isu ini dan mengadakan sesi libat urus bersama pihak-pihak yang terlibat untuk memastikan keselamatan pengusaha kebun dan ladang terjamin, pada masa yang sama hidupan liar dapat meneruskan kehidupan di habitat sedia ada. Jawatankuasa berharap PERHILITAN akan mengambil langkah-langkah pencegahan segera bagi mengelakkan isu ini terus berlarutan.


 

YB Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains Dan Perladangan Dewan Rakyat Parlimen Ke-15

 


Kemaskini terakhir pada: 7 Disember 2023 | Hits: 716

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my