SIDANG DEWAN RAKYAT: SPEAKER AKAN HUBUNGI PERDANA MENTERI
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR, 1 Mac -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata pihaknya akan berhubung dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai sama ada Dewan Rakyat akan bersidang mengikut jadual pada 9 Mac ini atau ditangguhkan.

Beliau akan menulis secara rasmi bagi menanyakan mengenai perkara itu esok.

"Esok saya akan tulis minta maklumat lanjut bila kita akan bersidang. Saya akan tulis kepada perdana menteri sebelum buat keputusan. 

"Tunggulah, saya pun tidak tahu kerana saya tidak memutuskan tarikh sidang Dewan Rakyat," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri di Istana Negara.

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 dijadualkan bermula 9 Mac ini yang akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. -- BERNAMA


Kemaskini terakhir pada: 2 Mac 2020 | Hits: 4103

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my