SIDANG KETIGA PARLIMEN BELIA MALAYSIA 2016
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 25 Januari – Sidang ketiga Parlimen Belia Malaysia (PBM) 2016 dengan penyertaan seramai 133 orang Ahli Parlimen Belia Malaysia bersidang selama dua hari mulai hari ini di Dewan Rakyat, di sini.


YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong bertindak sebagai Yang di-Pertua semasa mempengerusikan Parlimen Belia Malaysia (PBM) Sidang 3/2016.
 
Persidangan ini yang merupakan sidang terakhir PBM bagi sesi 2014-2016 telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong yang bertindak sebagai Yang di-Pertua bermula jam 10.30 pagi.
 

Nurwynie Sharmiza Nawawi, Ahli Parlimen Belia Malaysia dari Sarawak membentangkan perbahasannya pada Parlimen Belia Malaysia (PBM) Sidang 3/2016.

Pemerkasaan sosio ekonomi bumiputra sebagai asas Transformasi 2050 (TN50) adalah antara tajuk perbahasan PBM kali ini.
 

YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Masjid Tanah turut mempengerusikan Parlimen Belia Malaysia (PBM) Sidang 3/2016.

Tiga lagi usul yang dibahaskan adalah penyuburan patriotisme dan perpaduan dalam pembentukan negara bangsa, komitmen kerajaan dalam memerangi jenayah pemerdagangan manusia dan kemudahan pusat penjagaan kanak-kanak dan taska oleh syarikat-syarikat swasta.
 

YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong bergambar bersama sebahagian Ahli Parlimen Belia Malaysia pada persidangan Parlimen Belia Malaysia di Dewan Rakyat hari ini.
Turut sama, YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat.

Seperti sidang-sidang sebelumnya, resolusi perbahasan sidang PBM ini akan dibawa kepada Mesyuarat Jemaah Menteri untuk dipertimbangkan.
 

Kemaskini terakhir pada: 7 Februari 2017 | Hits: 19899

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 16/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my