PARLIMEN MALAYSIA: 22 DISEMBER 2021 (RABU) — Tiga orang ahli Dewan Negara telah mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan YB. Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara dan disaksikan oleh YBrs. Tuan Muhd Sujairi bin Abdullah, Setiausaha Dewan Negara.
Antara ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah adalah YB Senator Puan Hajah Nuridah binti Mohd Salleh, beliau pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, YB Senator Puan Noraini binti Idris, beliau kini merupakan Setiusaha Politik di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah sejak tahun 2020 dan terakhir YB Senator Datuk Seri Hajjah Zurainah binti Musa, beliau pernah menerima Anugerah Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW) pada tahun 2021.
Selain itu, dua orang ahli ini merupakan lantikan baharu dan seorang lagi adalah lantikan semula yang dipilih oleh DUN Terengganu. -- BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1439&time=2
Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 2548