YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT ANJUR KERJASAMA ERAT ANTARA NEGARA-NEGARA ASEAN DALAM PERTEMUAN BERSAMA PRESIDEN PERHIMPUNAN KEBANGSAAN SERTA PERDANA MENTERI KERAJAAN KEMBOJA
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

  

      SIARAN MEDIA

       YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT ANJUR KERJASAMA ERAT ANTARA

    NEGARA-NEGARA ASEAN DALAM PERTEMUAN BERSAMA PRESIDEN

      PERHIMPUNAN KEBANGSAAN SERTA PERDANA MENTERI KERAJAAN
KEMBOJA

 

Phnom Penh, 22 Julai – Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Ponhea Chakrei Heng Samrin, Presiden Perhimpunan Kebangsaan Kerajaan Kemboja telah menyambut baik cadangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul agar negara-negara ASEAN menumpukan usaha untuk menjalin kerjasama strategik dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan keterjaminan makanan demi pembangunan serantau yang makmur dan dinamik.

Pertemuan empat mata antara dua tokoh tersebut di Phnom Penh telah diatur sempena Lawatan Rasmi Yang Di-Pertua Dewan dari 20 – 24 Julai atas jemputan Kerajaan Kemboja sebagai pemerhati antarabangsa Pilihan Raya Kebangsaan yang bakal diadakan pada 23 Julai.

Mengambil kira perkembangan negara-negara ASEAN yang semakin membangun dan kadar permintaan terhadap keperluan sumber tenaga yang kian meningkat, Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengalu-alukan kerjasama bersama Kemboja dan negara anggota ASEAN untuk meneroka inisiatif bersama membangunkan ekosistem tenaga boleh diperbaharui rantau ini. Usaha ini termasuk menggalakkan perkongsian pengetahuan, pembinaan kapasiti dan bantuan teknikal. Perbincangan itu juga meneroka peluang untuk meningkatkan kerjasama saintifik antara negara anggota ASEAN bagi mendepani cabaran keterjaminan makanan yang dihadapi oleh komuniti rantau itu.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Presiden Perhimpunan Kebangsaan Kerajaan Kemboja juga telah bersependapat bahawa kerjasama antara badan perundangan Malaysia-Kemboja perlu diperkukuhkan melalui kerangka Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) dan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) melalui pertukaran pengetahuan serta perbincangan kepentingan bersama termasuk pembangunan prosedur legislatif yang berterusan.

Dalam kerangka lawatan kerja Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke negara itu, beliau juga telah mengadakan sebuah pertemuan bersama Tuan yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen, Perdana Menteri Kemboja untuk membincangkan sinergi kerjasama antara ASEAN dengan negara lain dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan keterjaminan bekalan makanan serantau.

Sempena lawatan rasmi beliau ke Kemboja, Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga telah bertemu dengan Yang Terutama Neak Okhna Datuk Dr Othsman Hassan, Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja bagi Hal Ehwal Islam untuk membincangkan usaha memperluas gandingan kerjasama pembangunan komuniti Islam MalaysiaKemboja. YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul akan mengadap Raja Kemboja, Yang Mulia Preah Bat Samdech Preah Boromneath Norodom Sihamoni dalam satu pertemuan khas di Phnom Penh pada Ahad ini. Pautan Gambar: http://bitly.ws/M6MN


Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir
Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11
Emel: shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462

 

 


Kemaskini terakhir pada: 22 Julai 2023 | Hits: 790

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.029 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my