YB SENATOR PUAN RAS ADIBA AHLI DEWAN NEGARA DILANTIK MENJADI WAKIL ASIA TENGGARA DALAM COMMONWEALTH PARLIAMENTARY WITH DISABILITIES (CPWD)
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR, 2 Disember 2020 – YB Senator Ras Adiba Radzi 52, Ahli Dewan Negara dilantik menjadi wakil Asia Tenggara dalam Commonwealth Parliamentary with Disabilities (CPWD) selama 3 tahun bersama 8 lagi Ahli Parlimen dan Ahli Senat dari Kenya, Pakistan, New South Wales, Wales, Nova Scotia, Trinidad dan Tobago, India serta Fiji. 

CPWD yang ditubuhkan pada 2017 merupakan sebuah pertubuhan Parlimen yang bertujuan meningkatkan kesedaran pelbagai pihak dalam menangani isu-isu membabitkan golongan orang kurang upaya (OKU).

YB Senator Ras Adiba terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 1995 yang menyebabkan kecederaan pada tulang belakangnya dan pada 2002 beliau sekali lagi tercedera selepas terjatuh ketika menaiki tangga.

Akibatnya, tulang belakang beliau cedera di tahap Thorasic 10 atau T10 dan kecederaan tersebut menyebabkan YB Senator Ras Adiba lumpuh separuh badan.

Sebelum itu, beliau merupakan personaliti tv dan pernah menjadi penyampai berita serta pengacara untk TV3 dan NTV7.

Pada 20 Mei 2020 beliau dilantik menjadi Ahli Dewan Negara bagi mewakili komuniti OKU. 

Beliau juga muncul wanita pertama dilantik menjadi pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sepanjang 54 tahun penubuhan organisasi tersebut. --PARLIMEN MALAYSIA

Kemaskini terakhir pada: 14 Disember 2020 | Hits: 3003

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.042 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my