PARLIMEN MALAYSIA, 22 Ogos – YB Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung, Setiausaha Agung Parti Liberal Demokratik (LDP) hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun di Dewan Negara, di sini.
YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara bersalaman dengan YB Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung sebelum Upacara Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negara.
Upacara itu berlangsung di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.
Pelantikan YB Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung, 53, adalah untuk kali pertama, berkuat kuasa hari ini.
Memiliki Sarjana Muda Kejuruteraan Sivil dari Universiti South Dakota State, Amerika Syarikat, YB Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung menyifatkan pelantikannya sebagai satu penghargaan dan berjanji akan memberi keutamaan kepada pelbagai isu rakyat tidak kira sama ada di peringkat nasional atau Sabah.