KUALA LUMPUR: 22 Julai 2022 (JUMAAT) -- YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di- Pertua Dewan Rakyat meluangkan masa pada sesi ramah mesra bersama 157 perwakilan Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 bertempat di Dewan Bankuet Parlimen Malaysia.
Pada sesi ramah mesra ini, perwakilan-perwakilan MFLS berpeluang bertanya pelbagai soalan berkisar tanggungjawab/peranan YB Tan Sri sebagai YPDR dan berkenaan Parlimen sebagai Institusi Perundangan negara.
Perwakilan MFLS juga tidak melepaskan peluang melawat Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu sesi lawatan berpandu yang dikendalikan Pegawai Perhubungan Awam Parlimen.
Malaysia Future Leaders School (MFLS) merupakan program yang dibangunkan dibawah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (iLead), Kementerian Belia Dan Sukan. – Bahagian Komunikasi Parlimen
Kemaskini terakhir pada: 26 Julai 2022 | Hits: 2150