UPACARA MENGANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT DAN ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL PERTAMA PARLIMEN KETIGA BELAS
control 1control 2control 3
Rabu, 26 Jun 2013 – Kesemua 222 orang Ahli-ahli Dewan Rakyat telah mengangkat sumpah untuk sesi Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas pada 24 Jun 2013 yang diadakan di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia. Semasa majlis tersebut juga, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia telah dipilih semula sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat melalui sistem undian bersurat.
 
 
Pencalonan semula YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia telah dicadangkan oleh YAB Dato’ Sri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dan disokong oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Upacara mengangkat sumpah tersebut telah didahului oleh YAB Dato’ Sri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan dan diikuti oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh. Dalam pada itu juga, Yang di-Pertua Dewan Rakyat turut memahsyurkan 2 orang Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat iaitu YB Datuk Ronald Kiandee ( Ahli Parlimen Beluran) dan YB Datuk Ismail Mohamad Said ( Ahli Parlimen Kuala Krau).
 

 
Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen Ketiga Belas pula telah diadakan pada 25 Jun 2013 yang menyaksikan kelainan kerana buat julung-julung kalinya istiadat tersebut telah diadakan di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia berikutan cuaca berjerebu yang melanda negara sejak akhir-akhir ini.Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada jam 10 pagi telah disambut oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Turut menyambut ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Perdana Menteri Malaysia bersama isteri dan Timbalan Perdana Menteri bersama isteri.


 
Seterusnya DYMM Tuanku Abdul Halim dan DYMM Tuanku Hajah Haminah diiringi masuk ke Dewan Bankuet untuk menerima sembah “Hormat Diraja” daripada para pegawai dan anggota Batalion Pertama RAMD Kem Sungai Besi. Pada jam 10.45 pagi, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah diiring masuk ke Dewan Persidangan untuk acara perasmian dan menyampaikan titahnya. Di dalam titahnya, Yang di-Pertuan Agong mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya tidak mengambil tindakan yang boleh menjurus kepada kemusnahan negara kerana ia membawa implikasi amat besar terhadap masa depan tanah air.


 
Sebelum Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat meninggalkan majlis, baginda berdua sempat beramah mesra dengan semua dif-dif kehormat dan para tetamu. Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 16 hari hingga 18 Julai, diikuti sidang Dewan Negara, dari 22 Julai hingga 1 Ogos 2013.

Kemaskini terakhir pada: 3 Julai 2013 | Hits: 16786

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 31/01/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.038 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my