DEWAN RAKYAT DIMAKLUM KEKOSONGAN KERUSI PARLIMEN KIMANIS
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR, 9 Dis – Dewan Rakyat hari ini menerima surat pemakluman daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan luar jangka bagi kerusi P.176 Parlimen Kimanis mulai 10 Dis (esok).

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata kekosongan kerusi Parlimen itu berlaku berikutan SPR menerima perakuan Mahkamah Persekutuan menurut Seksyen 36A (3) (a) , Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 bagi kawasan Kimanis yang disandang oleh Datuk Seri Anifah Aman sebelum ini adalah tidak sah dan terbatal.

“Sehubungan itu, pihak SPR akan mengadakan satu pilihan raya bagi mengisi kekosongan itu dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada 2 Dis lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anifah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 16 Ogos lepas bahawa kemenangannya di Parlimen Kimanis pada PRU14 tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Calon Parti Warisan Sabah Datuk Karim Bujang telah memfailkan petisyen pada 18 Jun, 2018 bagi mencabar kemenangan Anifah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).

Pada PRU14, Anifah yang juga bekas Menteri Luar memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi.

Beliau memperoleh 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Karim yang mendapat 11,786 undi manakala calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail menerima 1,300 undi. -- BERNAMA


Kemaskini Terakhir pada: 16 Disember 2019 | Hits: 1092

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 17/09/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my