DEWAN RAKYAT PERTIMBANG TAMBAHAN AHLI PARLIMEN MASA ISTIHAR HARTA
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR, 11 Dis -- Dewan Rakyat akan mempertimbangkan untuk membenarkan masa tambahan bagi mengistiharkan harta kepada tiga Ahli Parlimen (MP) daripada Gabungan parti Sarawak (GPS) kata Speakernya Tan Seri Mohamad Ariff Md Yusof.

Mohamad Arif berkata tiga MP berkenaan telah mengemukakan permohonan untuk penambahan masa dan Dewan membenarkannya, manakala MP lain tidak membuat sebarang permohonan.

“Jika mereka merasakan mereka memerlukan lebih masa lagi untuk sebab-sebab tertentu, kita bukanlah jahat. Tetapi bagi yang tidak mahu mengistiharkan harta mereka, itu cerita lain,” katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam bersama Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen dan Media: ‘Reformasi dan Hala Tuju Parlimen Malaysia’ di sini malam ini.

Pada 5 Dis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, kesemua 139 MP Pakatan Rakyat (PH) telah menyerahkan pengistiharan aset mereka kepada Dewan Rakyat.

Katanya, mereka merupakan antara 160 MP yang telah menghantar pengistiharaan aset tersebut selain daripada tiga daripada Barisan Nasional (BN) 14 Gabungan Parti Sarawak (GPS) manakala tiga lagi daripada Parti Bersatu Sarawak (PSB), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Sementara itu, sejumlah 62 MP masih belum menghantar borang pengistiharan, iaitu 38 BN, PAS (18), GPS (tiga), STAR (satu) dan dua wakil bebas.

Sementara itu, Mohamad Arif berkata Parlimen telah berjaya melakukan pelbagai reformasi sepanjang tahun ini menerusi pelbagai program yang telah dilaksanakan.

”Kita berharap lebih banyak lagi yang dapat dilakukan pada tahun depan. Diharap wakil media dapat melaporkan apa yang telah kami lakukan dengan cara yang paling berkesan, kerana rakyat perlu tahu apa yang berlaku di Parlimen.

“Tahun ini juga menyaksikan satu perkembangan baharu di Parlimen seperti perbahasan laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), ia tidak pernah dibentangkan sejak 19 tahun lalu,” katanya yang menekankan Parlimen kini bergerak ke arah yang lebih baik. -- BERNAMA


Kemaskini terakhir pada: 16 Disember 2019 | Hits: 4575

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my