EMPAT SENATOR ANGKAT SUMPAH
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR, 2 Sept  -- Empat Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Mereka ialah Datuk Seri S. Vell Paari yang merupakan lantikan Yang di-Pertuan Agong; Mohamad Apandi Mohamad pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan serta Ahmad Yahaya dan Datuk Othman Aziz pilihan DUN Kedah.

Keempat-empat mereka mengangkat sumpah sebagai senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara di sini.

Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan empat ahli baharu Dewan Negara itu menekankan agar isu-isu berkepentingan rakyat diberi tumpuan, dan pada masa sama mengelakkan daripada menjadikan persidangan Dewan Negara sebagai medan politik.

"Kita ketepikan fahaman politik berasaskan parti seboleh-bolehnya dan hasilkan perbahasan yang berkualiti, dapat menyumbang kepada proses pembinaan negara. Justeru, marilah kita sekata untuk menjadikan dewan ini dihormati terus-menerus dengan cara, kaedah dan pendekatan yang positif.

"Saya ingin menegaskan apabila ahli Yang Berhormat mengurangkan political attachment, yang nyata kita boleh nanti menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Namun, kesetiaan kita kepada parti tetap wujud, dalam pada itu kesetiaan kepada negara perlu kita cerminkan menerusi tindakan masing-masing," katanya. -- BERNAMA


Kemaskini Terakhir pada: 9 September 2020 | Hits: 934

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 03/12/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my