IPCMC PERLU KAJIAN SEMULA
control 1control 2control 3
 
 
Kuala Terengganu: Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) perlu kajian semula bagi membolehkan proses semak dan imbang, sekali gus mengelak penipuan menerusi pemusatan kuasa. IPCMC dikatakan bukan sahaja mempunyai kuasa penuh bermula daripada menerima aduan hinggalah pendakwaan, tetapi ia juga berperanan menjatuhkan hukuman. Saranan itu dinyatakan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan ketika prosiding sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang IPCMC di sini, semalam.
 
Klausa yang ditetapkan untuk suruhanjaya itu juga dilihat agak berbeza dengan amalan perundangan dalam kebanyakan negara mengamalkan demokrasi yang membuat pengasingan kuasa dan tiada kuasa mutlak selepas menerima aduan.
 
“Kalau dilihat dari klausa yang dinyatakan, ia bermula daripada menerima aduan kesalahan, kuasa penyiasatan, prosiding salah laku dan hukuman serta proses pendakwaan. Ini kitaran lengkap dalam siri mana-mana penyiasatan. Tetapi persoalan saya di sini ialah mengenai fungsi ini yang keseluruhannya diambil peranan 100 peratus oleh satu badan sahaja iaitu IPCMC,” katanya dalam prosiding itu, yang turut dihadiri lebih 500 anggota polis dari Terengganu.
 
Kalau dilihat dari klausa yang dinyatakan, bermula daripada menerima aduan kesalahan, kuasa penyiasatan, prosiding salah laku dan hukuman serta proses pendakwaan. Ini kitaran lengkap dalam siri manamana penyiasatan.
 
Pengasingan kuasa perlu dibuat bagi mengelak berlaku penipuan dan penyalahgunaan kuasa serta mengelak anggota polis berdepan dengan tindakan tidak adil. Othman berkata, pengasingan itu juga membuka ruang kepada siasatan berbentuk sistem semak dan imbang bagi setiap jawatankuasa, malah ia menjamin kebebasan serta hak polis yang dihadapkan ke IPCMC.
 
 

“Kaji semula dan semak, khususnya untuk elak penipuan kuasa ini kerana ia akan menafikan keadilan dan bercanggah dengan amalan sedia ada. IPCMC boleh memain peranan menerima aduan, memproses maklumat yang ada dan menjalankan siasatan tetapi tidaklah sehingga menjalankan pendakwaan dan menetapkan hukuman. Berilah peranan ini kepada badan lain atau pihak kuasa lain untuk menentukan proses pendakwaan dan ini akan memberi jaminan untuk mendapatkan keadilan bagi semua pihak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi IPCMC, Ramkarpal Singh, berkata sesi pendengaran itu yang terakhir dilakukan sebelum mengemuka syor ke Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang dijangka tidak lewat daripada 25 November ini.

 

Katanya, jawatankuasa itu mengadakan empat sesi lain iaitu di Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Sabah, bagi mendapatkan maklum balas pihak berkepentingan dan orang awam berkaitan rang undang-undang IPCMC 2019.“Tujuan rang undang-undang ini bukan untuk nyatakan imej polis tidak baik tetapi ia boleh mempertingkatkan lagi imej polis dengan pindaan yang akan dicadangkan. Saya yakin ia akan memanfaatkan polis pada masa hadapan,” katanya. – Bernama (16/11/2019)


Kemaskini Terakhir pada: 4 Disember 2019 | Hits: 3321

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 01/12/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my