ISTIADAT KEBERANGKATAN TIBA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
control 1control 2control 3
 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Dataran Parlimen

 

PARLIMEN MALAYSIA, 31 Januari - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan berangkat ke Dataran Parlimen sempena Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

 

Keberangkatan tiba baginda bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj disambut tiupan nafiri oleh 14 anggota Kor Armor Diraja sebelum diiring ke Peterana Diraja oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 

Baginda kemudian dipersembahkan dengan Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama, dengan iringan lagu Negaraku yang dimainkan oleh Pasukan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Serentak dengan itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dan diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.



 

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memeriksa Kawalan Kehormatan Utama

 

Baginda seterusnya mencemar duli memeriksa Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota daripada Batalion Pertama RAMD.

 

Istiadat Keberangkatan Tiba ini diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan disusuli persembahan tabik 'Hormat Diraja' serta lagu Negaraku untuk kali kedua.


Baginda kemudian berangkat ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 (Khas) sempena istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.


Kemaskini terakhir pada: 19 Februari 2019 | Hits: 9406

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my