ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL PERTAMA, MAJLIS PARLIMEN MALAYSIA.
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA - Telah berlangsung Istiadat Pembukaan Penggal Pertama, Majlis Parlimen Malaysia Keempat Belas yang telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda telah disambut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan isteri serta Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail. Turut menyambut keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ialah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff bin Md Yusof.

 

Menerusi Istiadat Pembukaan ini, Baginda Yang di-Pertuan Agong telah bertitah beberapa perkara. Antaranya adalah:

  1. Dalam titah ucapan Seri Paduka, mengingatkan semua ahli Parlimen sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang tentang tanggungjawab besar terhadap rakyat selepas mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
  2. Baginda turut menyambut baik tindakan kerajaan mendedahkan kedudukan sebenar kewangan Negara, mengkaji semula perbelanjaan dan kos projek, menstabilkan harga petrol selain menyokong pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan sekaligus meringankan bebas rakyat.
  3. Baginda bertitah terdapat anggapan bahawa kepelbagaian kaum, agama dan budaya di Negara ini adalah percikan bunga api yang akan membakar kedamaian. “Namun Beta bersyukur anggapan tersebut meleset sama sekali kerana rakyat telah membuktikan sebaliknya.”

Kemaskini Terakhir pada: 25 Julai 2018 | Hits: 1754

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 17/09/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my