Istiadat Sambutan Negara Sempena Lawatan Negara Presiden Republik Persekutuan Jerman ke Malaysia.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Parlimen Malaysia bagi Istiadat Sambutan Negara sempena lawatan negara Presiden Jerman TYT Frank-Walter Steinmeier dan isteri Elke Büdenbender di Malaysia selama tiga hari bermula semalam.
Istiadat Sambutan Negara ini turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim , Perdana Menteri bersama Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Anggota- anggota Pentdabiran serta Duta dan Perwakilan Asing.
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Adnan | Hazirah
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
17 Februari 2023