a) Jawatankuasa ini berfungsi untuk -
i) meneliti rang undang-undang yang telah dibawa untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat berkaitan dengan hal ehwal wanita, kanak-kanak, belia, orang kurang upaya, orang asli dan pembangunan masyarakat di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta agensi-agensi di bawahnya;
ii) meneliti usul, rang undang-undang persendirian, petisyen dan laporan yang berkaitan dengan hal ehwal wanita, kanak-kanak, belia, orang kurang upaya, orang asli dan pembangunan masyarakat di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta agensi-agensi di bawahnya;
iii) menyiasat dan melaporkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan hal ehwal wanita, kanak-kanak, belia, orang kurang upaya, orang asli dan pembangunan masyarakat di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta agensi-agensi di bawahnya; atau
iv) melaksanakan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya oleh Menteri atau Majlis.
b) apa-apa perkara yang dibincangkan di perenggan (a) tidak boleh melibatkan perkara yang telah, sedang atau akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).