KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (RMKe-11)
control 1control 2control 3

YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas di Dewan Rakyat
 

Kuala Lumpur, 18 Oktober – YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMKe-11), 2016-2020 di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof bertempat di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

 

Secara umumnya, RMKe-11 merupakan fasa terakhir ke arah mencapai negara maju dan inklusif selaras dengan Wawasan 2020. Tema untuk RMKe-11 adalah ‘Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat’ dimana ianya memberi tumpuan kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. KSP RMKe-11 ini melaporkan prestasi yang telah dicapai dalam tempoh 2016-2017 dan menggariskan dasar serta strategi sosioekonomi yang dijajar semula untuk tempoh 2018-2020 dengan mengambil kira keutamaan kerajaan baharu berikutan Pilihanraya Umum ke-14.

 

Dokumen KSP RMKe-11 terbahagi kepada dua bahagian :

  1. Melaporkan prestasi outcome terpilih, sasaran, strategi dan inisiatif sepanjang tempoh kajian semula, 2016-2017.

       2. Melakarkan hala tuju ke arah Malaysia yang lebih baik dalam tempoh akhir rancangan, 2018-2020.
 



YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dan YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali melihat kandungan buku laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas 


KSP RMKe-11 ini memfokuskan enam tonggak utama yang terdiri daripada :

  1. Mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam

  2. Memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat

  3. Menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang

  4. Memperkasa modal insan

  5. Mempertingkat kemampanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau

  6. Memperkukuh pertumbuhan ekonomi

 

Dalam hal ini, keutamaan dan penekanan baharu berasaskan enam tonggak akan tertumpu kepada mereformasi tadbir urus dan menambah baik penyampaian perkhidmatan awam, meningkatkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan, menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang, memperkasa modal insan, memastikan kemampanan alam sekitar dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi.


Kemaskini terakhir pada: 29 Oktober 2018 | Hits: 16243

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my