KUNJUNGAN HORMAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KEPADA SPEAKER PARLIMEN SINGAPURA
control 1control 2control 3

KUNJUNGAN HORMAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KEPADA SPEAKER PARLIMEN SINGAPURA

Hari ini saya telah berkunjung ke Parlimen Singapura untuk bertemu rakan sejawat saya, Tuan Yang Terutama Seah Kian Peng yang telah dilantik sebagai Speaker Parlimen Singapura baru-baru ini.

Menyelusuri sejarah yang mendalam dan perhubungan yang akrab antara dua negara selama hampir enam dekad, saya mengalu-alukan kerjasama yang lebih erat antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Singapura dalam pelbagai bidang dan titik sentuh, khususnya berkenaan kecerdasan buatan, ekonomi hijau dan digital, pendidikan, ketersambungan dan perjalanan serta keterjaminan makanan.

Dalam membincangkan perihal perkembangan parlimen antara dua negara kami, saya juga TYT Seah sependapat bahawa penggunaan teknologi kecerdasan buatan dalam teknologi media amat diperlukan untuk menjamin kebertanggungjawaban parlimen terhadap rakyat juga memberi lebih pendedahan kepada rakyat mengenai urusan hal ehwal parlimen.

Menyentuh soal perkembangan ASEAN, Malaysia dan Singapura harus terus berganding bahu bagi mencapai kemakmuran buat penduduk ASEAN melalui pertukaran kemahiran, teknologi dan pengetahuan.

Ini kerana Malaysia dan Singapura menyumbang hampir satu perempat daripada KDNK ASEAN dengan gabungan KDNK sebanyak USD91 billion (RM434.66 bilion) pada 2023 dan akan meningkat kepada USD1.15 trillion (RM5.49 trillion) menjelang 2027.

Saya yakin, dengan kemudahan perdagangan rentas sempadan yang semakin dipertingkatkan antara dua negara akan membawa kemakmuran yang tinggi kepada ASEAN. Ini juga akan memudahkan perniagaan yang ingin berkembang di Malaysia dan Singapura, dan seluruh blok ASEAN, sekaligus memberi manfaat kepada negara-negara serantau.

Sumber Pejabat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara

Kemaskini terakhir pada: 31 Oktober 2023 | Hits: 3324

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/12/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my