LAWATAN KERJA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KE DEWAN NEGERI SELANGOR
control 1control 2control 3
LAWATAN KERJA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KE DEWAN NEGERI SELANGOR

YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Tuan Lau Weng San, Speaker Dewan Negeri Selangor hari ini.

Perjumpaan ini membincangkan usaha pemerkasaan institusi speaker itu sendiri dalam membangun amalan demokrasi yang terangkum melalui peruntukkan pembangunan khas.

YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul turut mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YB Tuan Mohd Kamri bin Kamaruddin, Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor dan YBrs. Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
21 Ogos 2024

Kredit Foto: Arjunna Putra

Kemaskini terakhir pada: 29 Ogos 2024 | Hits: 774

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/08/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my