YAB Dato’Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia bersalaman dengan Putera Abdulaziz Saud Al-Saud ketika menerima kunjungan hormat menteri Arab Saudi di Parlimen Malaysia
PARLIMEN MALAYSIA, 15 Mac – Telah berlangsungnya kunjungan hormat YM Putera Abdulaziz Bin Saud, Menteri Dalam Negeri Arab Saudi Ke Parlimen Malaysia. Dalam lawatan ini, baginda telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak di Pejabat Perdana Menteri di Blok Menara, Parlimen Malaysia.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia bersalaman dengan Putera Abdulaziz Saud Al-Saud ketika menerima kunjungan hormat menteri Arab Saudi di Parlimen Malaysia
Dalam lawatan yang sama baginda juga mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia di pejabat beliau semalam.
Kemaskini terakhir pada: 6 April 2018 | Hits: 15229