Ahli-ahli Dewan Negara merakam gambar bersama Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad.
PARLIMEN MALAYSIA – Seramai lapan orang Ahli Dewan Negara telah mengangkat sumpah sebagai Senator bagi Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas di hadapan YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara dan disaksikan oleh YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara pada 17 Julai lepas bertempat di Dewan Negara, Blok Utama Parlimen Malaysia.
Terdapat enam orang Senator baharu ini merupakan lantikan Yang di-Pertuan Agong dan dua daripadanya adalah dipilih daripada Dewan Undangan Negeri Terengganu dan Kelantan. Tempoh lantikan kesemua Senator baharu ini telah berkuatkuasa bermula 17 Julai 2018 sehingga 16 Julai 2021.
Ahli-ahli Dewan Negara yang baharu dilantik merakam gambar bersama setelah selesai Upacara Mengangkat Sumpah sebagai Senator.
Mereka yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong adalah:
-
YB Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim – Lantikan Yang di-Pertuan Agong
-
YB Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad – Lantikan Yang di-Pertuan Agong
-
YB Senator Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin – Lantikan Yang di-Pertuan Agong
-
YB Senator Tuan Haji Marzuki bin Yahya – Lantikan Yang di-Pertuan Agong
-
YB Senator Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy – Lantikan Yang di-Pertuan Agong
-
YB Senator Tuan Liew Chin Tong – Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Manakala, mereka yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri adalah :
-
YB Senator Dato’ Haji Husain bin Awang – Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu
-
YB Senator Puan Asmak binti Husin – Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan