YB Senator Dr. Yaakob bin Sapari mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
PARLIMEN MALAYSIA, 19 Disember - YB Senator Dr. Yaakob bin Sapari dan YB Senator Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran.
YB Senator Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh mengangkat sumpah sebagai
Ahli Dewan Negara
Kedua-dua Senator ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Selangor dan tempoh lantikan sebagai Ahli Dewan Negara telah berkuatkuasa bermula 5 Disember 2018 sehingga 4 Disember 2021.
Kemaskini terakhir pada: 10 Mei 2019 | Hits: 17274