Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negara
control 1control 2control 3


YB Senator Dr. Ahmad Azam bin Hamzah angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara

 

PARLIMEN MALAYSIA, 9 Mei - YB Senator Dr. Ahmad Azam bin Hamzah hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran dan disaksikan oleh YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara serta YBrs Tuan Riduan bin Rahmat, Setiausaha Dewan Negara.   
 

YB Senator Dr. Ahmad Azam bin Hamzah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sembilan. Tempoh lantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara berkuatkuasa 9 Mei 2019 hingga 8 Mei 2022.
 

Beliau merupakan seorang yang aktif dalam bidang politik dan antara jawatan yang disandang oleh beliau adalah:

 

  •  2005 - kini    :  Ketua Cabang Seremban

 

  •  2005 - 2007  :  Pengerusi Negeri, Negeri Sembilan (Parti Keadilan Rakyat)

 

  •  2008       :  Ketua Cabang dan Pengarah Pilihan Raya Cabang Seremban - Memenangi kedua-dua DUN Ampang dan Sikamat 

 

  •  2013             :  Ketua Cabang dan Pengarah Pilihan Raya Cabang Seremban - Berjaya mengekalkan DUN Sikamat manakala Ampang kalah dengan 89 undi

 

  •  2018      :  Ketua Cabang dan Pengarah Pilihan Raya Cabang Seremban  - Memenangi kedua-dua DUN Ampang dan  Sikamat serta membentuk kerajaan negeri

Kemaskini Terakhir pada: 4 Disember 2019 | Hits: 2864

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 17/09/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.038 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my