Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negara
control 1control 2control 3
 
 

 

YB Senator Tuan Zaiedi bin Haji Suhaili angkat sumpah sebagai

Ahli Dewan Negara

 

PARLIMEN MALAYSIA, 22 JULAI - YB Senator Tuan Zaiedi bin Haji Suhaili hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran dan disaksikan oleh YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.   
 

YB Senator Tuan Zaiedi bin Haji Suhaili dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak dan tempoh lantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara berkuatkuasa 22 Julai 2019 sehingga 21 Julai 2022.
 

Beliau merupakan seorang yang aktif dalam bidang politik dan aktiviti sosial. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah:

  • 1990 – 1992 : Setiausaha Agung Persatuan Pembekal dan Pembinaan Bumiputera Sarawak (PARBUMIS)

  • 1992 – 1995 : Naib Yang Di Pertua PARBUMIS

  • 1991 – 1996 : Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian PBB N.5 Tupong

  • 1988 – 1991 : Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Bahagian PBB N.6 Satok

  • 2017 : Penasihat Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Sarawak


Kemaskini Terakhir pada: 4 Disember 2019 | Hits: 2193

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 17/09/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.041 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my