MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI PARLIMEN SIPITANG
control 1control 2control 3


YB Tuan Yamani Hafez bin Musa angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat


 

PARLIMEN MALAYSIA, 7 Januari - YB Tuan Yamani Hafez bin Musa, Ahli Parlimen Sipitang telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di hadapan YB Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat bertempat di Kamar Khas Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

 

YB Tuan Yamani Hafez merupakan Ahli Parlimen ke-222 dan terakhir mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat. Sebelum ini beliau telah menang kerusi Parlimen Sipitang dengan majoriti 852 undi dalam pertembungan tiga penjuru selepas menewaskan pesaing terdekat Noor Hayaty Mustapha daripada Parti Warisan Sabah.

Sementara itu, dalam ucapan pemasyhuran beliau sebagai Ahli Parlimen, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Mohamad Ariff telah mengucapkan sekalung tahniah dan berharap YB Yamani Hafez dapat melaksanakan tugas beliau sebagai wakil rakyat dengan cemerlang.

 


Kemaskini Terakhir pada: 15 Januari 2019 | Hits: 3338

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 01/12/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my