Sekalung tahniah diucapkan kepada dua Ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah di hadapan YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Dewan Negara.
Ahli-ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah adalah seperti berikut :
i) YB Senator Puan Susan Chemerai Anding, Dilantik semula oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa mulai 21 Ogos 2023.
ii) YB Senator Datuk Haji Mustafa bin Musa, Dipilih oleh DUN Melaka berkuat kuasa mulai 31 Julai 2023.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani Bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
Liputan Penuh Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara 👉🏻 https://youtu.be/bbuHG7qdvtA
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Ahmad Afifi
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
21 Ogos 2023