KUALA LUMPUR: 17 DISEMBER 2021 (Jumaat) -- Majlis Penyerahan replika kunci bas oleh Encik Mohd Fazley bin Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif Deftech mewakili DRB-HICOM kepada YBrs. Puan Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen sebagai simbolik penyerahan bas Parlimen Malaysia.
Majlis ini telah disempurnakan YB Senator Tan Sri Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara bertempat di perkarangan Lobi Blok Ahli Parlimen Dan Pentadbiran. Turut memeriahkan majlis ini adalah pegawai-pegawai Kanan Parlimen Malaysia. – BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
SILA KLIK LINK TERSEBUT UNTUK KOLEKSI GAMBAR https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1438&time=2Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 2348