YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara serta YB Dato’ Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama Ahli-ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen Malaysia menghadiri Majlis Iftar Parlimen Malaysia bertempat di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia semalam.
Pada majlis ini juga, para tetamu menunaikan solat maghrib secara berjemaah dengan diimamkan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Ahli Parlimen Sungai Petani.
Hadir bersama YB Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor dan YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Julie
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
28 Mac 2023