PARLIMEN MALAYSIA: 21 Disember 2020 (Isnin) — YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Senator Malaysia Kali ke-8 yang bertempat di Dewan Banquet, Blok Utama, Parlimen Malaysia.
Turut hadir ialah YBhg Dato Sri’ Khairudin bin E.S. Samad, Presiden Majlis Senator Malaysia, YBhg Datuk Seri Abdul Halim bin Abd. Samad, mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YBrs Tuan Muhd Sujairi bin Abdullah, Setiausaha Dewan Negara, serta ahli-ahli YB Senator Dewan Negara.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden Majlis Senator Malaysia disusuli dengan ucapan perasmian oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan majlis makan malam.
Agenda mesyuarat adalah pembentangan Minit Mesyuarat Tahunan Kali Ke-7, Laporan Aktiviti Tahunan Sesi 2019/2020 dan Laporan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2019. —BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
Kemaskini terakhir pada: 28 Disember 2020 | Hits: 3623