MESYUARAT KAUKUS PERHIMPUNAN ANTARA PARLIMEN ASEAN (AIPA) KE-15
control 1control 2control 3
Saya telah menyampaikan ucaptama bertemakan “Building a Vibrant Digital and Cyber Resilient ASEAN” sempena ‘Tripartite Forum On Building a Vibrant Digital Economy in ASEAN: Strategies for Cyber Resilience and Shared Prosperity’ di Bandar Seri Begawan hari ini.

Saya menanggapi potensi besar ASEAN yang diunjurkan akan meningkat sebagai salah satu rantau  yang paling pesat berkembang di dunia, dengan pertumbuhan KDNK diramalkan pada 4.6% pada 2023 dan 4.8% pada 2024. 

Menjelang 2030, ASEAN disasarkan akan terbit sebagai ekonomi keempat terbesar di dunia, didorong oleh pertumbuhan generasi muda, generasi berpendidikan, dan populasi dalam talian yang semakin meningkat sebanyak 700 juta. 

Transformasi digital telah merubah kaedah penggunaan maklumat, transaksi perniagaan dan interaksi antara kerajaan dengan pemegang taruh. 

Menyedari kepentingan peralihan ini, ASEAN telah melaksanakan dasar untuk memupuk ekonomi digital yang mampan.

Walau bagaimanapun, saya mengingatkan juga agar kesenjangan sosio-ekonomi, tahap pembangunan yang berbeza-beza, dan tadbir urus yang berbeza memerlukan penyelesaian yang tuntas untuk ditangani.  Ini memerlukan gabungan mekanisme dasar, peraturan dan perundangan yang anjal lagi menyeluruh. 

Maka, Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN bertujuan untuk menyatukan ekonomi digital rantau ini, akan mewujudkan halatuju transformasi digital agar integrasi digital dapat merentasi pelbagai negara anggota rantau ini dengan lancar merangkumi pelbagai bidang, termasuk perdagangan digital, e-dagang, keselamatan siber, ID digital, pembayaran, aliran data, dasar persaingan, kemahiran digital, mobiliti bakat dan teknologi baru muncul seperti AI. 

Saya yakin, dengan tekad kuat dalam menjayakan rangka kerja ini, ASEAN berhasrat dapat memupuk kepercayaan, pembangunan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan peluang pelaburan dalam ekonomi digital yang inklusif dan mampan.

Sumber : Sosial media Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Kemaskini terakhir pada: 11 Jun 2024 | Hits: 11517

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my